ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGlAN IX - PEMBAYARAN KE DALAM DAN DARIPADA MAHKAMAH



Seksyen 73. Pembayaran ke dalam Mahkamah.

(1) Defendan boleh membayar wang ke dalam Mahkamah sebagai penyelesaian tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar sejumlah wang sebagai kos.

(2) Defendan hendaklah memberi notis kepada plaintif mengenai pembayaran ke dalam Mahkamah dan jika pembayaran itu kurang daripada amaun yang dituntut, notis itu hendaklah menyatakan berkenaan dengan bahagian mana daripada tuntutan itu pembayaran itu dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.