ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB IX - Memastikan Kebenaran Keterangan Saksi



Seksyen 126. Penafian ke atas saksi.

Apabila defendan atau tertuduh telah menafikan (ta'n) ke atas saksi sama ada sebelum atau selepas membuat pemeriksaan dengan mengemukakan sesuatu yang menghalang penerimaan keterangan, Hakim hendaklah memintanya supaya memberi keterangan.

Huraian- Apabila defendan atau tertuduh membuktikan apa yang dia kata dengan keterangan, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi tersebut. Sebaliknya jika defendan atau tertuduh gagal membuktikan apa yang ia kata, Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaannya jika dia belum berbuat demikian dan memberi keputusan mengikut keterangannya jika dia telah membuat pemeriksaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.