ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 19. Kuasa Pegawai Penguatkuasa Syariah.
(1) Pegawai Penguatkuasa Syariah hendaklah:
(a)
menerima maklumat mengenai berlakunya sesuatu kesalahan dan membuat apa-apa penyiasatan yang perlu;
(b)
jika dibenarkan oleh mana-mana Undang-undang Islam Negeri memeriksa atau menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan atau disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang tersebut;
(c)
menghendaki kehadiran dan menyoal saksi yang berkaitan dengan penyiasatan;
(d)
mengikat bond bagi kehadiran mana-mana orang yang ditangkap;
(e)
menjalankan lain-lain kuasa dan tugas sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana Undang-undang Islam Negeri.
(2) Di dalam perkara-perkara penangkapan penyiasatan dan pemeriksaan yang tidak diperuntukkan dengan khas baginya di dalam Enakmen ini mana-mana Undang-undang Islam Negeri atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya maka kuasa-kuasa dan peraturan-peraturan dalam menjalankan kuasa oleh Pegawai-pegawai Penguatkuasa Syariah hendaklah menepati undang-undang dan peraturan-peraturan yang diberi kepada pegawai polis yang tidak rendah daripada pangkat Inspektor di bawah Kanun Prosedur Jenayah yang berkuatkuasa pada masa ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.