ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 139. Menggantungkan dari perlaksanaan sementara menunggu rayuan.

Sesuatu rayuan tidak boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman, tetapi Mahkamah Kadi atau Pengerusi Mahkamah Syariah bolehlah menggantungkan mana-mana keputusan, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas syarat-syarat mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau perlaksanaan atau tidak terlaksananya dari mana-mana tindakan atau menjalani mana-mana hukuman yang diarahkan oleh atau di dalam keputusan, perintah, sabitan atau hukuman yang mana Mahkamah Kadi atau Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah memandang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.