ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN II - MAJLIS SEBAGAI PEMEGANG AMANAH TUNGGAL



Seksyen 8. Perakuan Mawquf.

(1) Majlis hendaklah mengeluarkan suatu Perakuan Mawquf bagi apa-apa mawquf yang didaftarkan di bawah seksyen 6 dan 7.

(2) Perakuan Mawquf hendaklah menjadi keterangan prima facie di dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil tentang kesahan wakaf tanpa bukti selanjutnya.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang boleh menjadikan tidak sah apa-apa wakaf, sama ada didaftarkan atau tidak, yang berkenaan dengannya Perakuan Mawquf telah tidak dikeluarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.