ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 30. Fatwa.


(1) Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6) seksyen 33, Mufti boleh atas daya usahanya sendiri atau atas permintaan daripada mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, atau atas perintah Yang di-Pertuan Agong, membuat fatwa atau pendapat atas sesuatu soalan yang belum terputus atau soalan yang menimbulkan pertikaian mengenainya atau yang berkaitan dengan Hukum Syarak. Fatwa atau pendapat itu hendaklah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri.

(2) Tiada sesuatu kenyataan yang dibuat oleh Mufti boleh dianggap sebagai fatwa kecuali dan sehingga ianya diwartakan mengikut subseksyen (1).

(3) Sebaik sahaja diwartakan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat setiap orang Islam yang tinggal di Melaka sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya mengikut dan berpegang dengan fatwa itu.

(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah dalam Melaka sebagai yang penuh berkuasa dalam perkara yang ditetapkan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.