ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 PROSIDING INTERLOKUTORI
Seksyen 194. Perintah ex parte boleh diketepikan.
(1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana
pihak kepada mana-mana kausa atau perkara, mengetepikan sesuatu perintah yang dibuat secara
ex parte
di bawah Bab ini.
(2) Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu dan hendaklah didengar secara antara pihak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.