ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VI - PENYAMPAlAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 40. Alamat penyampaian.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), plaintif atau pemohon, dan tiap-tiap orang (selain daripada pegawai Mahkamah yang bertindak sedemikian) yang memfailkan apa-apa dokumen di dalam mana-mana prosiding dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah supaya berbuat demikian hendaklah memberi alamat penyampaian dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2) Jika plaintif atau pemohon diwakili oleh seorang peguam syarie, alamat peguam syarie itu hendaklah menjadi alamat penyampaian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.