ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 44. Menyubahati kesalahan dilakukan oleh orang awam, atau oleh seramai lebih daripada sepuluh orang.

Barang siapa menyubahati sesuatu kesalahan selain daripada kesalahan hudud dan qisas dilakukan oleh orang awam amnya, atau oleh sebilangan atau kumpulan orang seramai lebih daripada sepuluh orang, hendaklah diseksa sebagai takzir dengan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

MISALAN

A menampalkan pada suatu tempat awam sekeping pelekat, menghasut suatu mazhab yang mengandungi lebih daripada sepuluh orang ahli supaya bertemu pada suatu waktu dan tempat yang tertentu bagi maksud hendak menyerang ahli-ahli suatu mazhab yang berlawanan manakala mereka mengadakan suatu perarakan. A telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.