ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi
Seksyen 100. Soalan-soalan yang sah di sisi undang-undang dalam pemeriksaan balas.
Apabila seseorang saksi diperiksa-balas, maka dia bolehlah, selain daripada soalan-soalan yang tersebut dahulu daripada ini, ditanya apa-apa jua soalan yang boleh-
(
a
) menguji ketepatannya, kebenarannya atau sama ada dia boleh dipercayai atau tidak;
(
b
) menentukan siapakah dia dan apakah kedudukannya dalam kehidupan;atau
(
c
) melemahkan kebenarannya dengan jalan mencemarkan wataknya walaupun jawapan kepada soalan yang tersebut mungkin secara langsung atau secara tidak langsung melibatkan jenayah atas dirinya, atau boleh mendedahkan atau mungkin secara langsung atau secara tidak langsung mendedahkannya kepada sesuatu hukuman atau lucuthak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.