ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 67. Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis, boleh melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkmah Syariah.

(3) Majlis boleh melantik orang yang layak dan sesuai daripada kalangan anggota perkhidmatab awam Negeri Perak Darul Ridzuan menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie.

(4) Pendakwa-Pendakwa Syarie hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.