ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 147. Perakuan akan akibat keputusan.

(1) Bila mana satu kes diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah di bawah Bab ini ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintahnya kepada Mahkamah di mana keputusan hukuman atau perintah yang mana rayuan terhadapnya dibuat telah direkodkan atau diluluskan.

(2) Bila mana satu rayuan tidak ditolak perakuan itu hendaklah menyebutkan alasan-alasan yang mana rayuan telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Kadi yang diubah.

(3) Mahkamah yang menerima keputusan atau perintah Mahkamah Syariah hendaklah membuat perintah yang sesuai dengan keputusan atas perintah dari Mahkamah Rayuan Syariah dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda menurut yang berkenaan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.