ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN V - JAMINAN DAN KAWALAN TERHADAP AGAMA ISLAM



Seksyen 94. Kewajipan Mufti mengenai penentuan awal bulan dan anak bulan.

(1) Hendaklah menjadi kewajipan Mufti mengarah dan mengatur urusan bagi membuat kajian mengenai awal bulan Hijrah atau anak bulan pada mana-mana bulan yang difikirkan mustahak dan Qadhi Besar hendaklah menjalankan kajian melihat anak bulan bagi menentukan sama ada anak bulan itu kelihatan atau tidak dan mengesahkan keputusan kajiannya.

(2) Mufti hendaklah dengan segera mempersembahkannya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan yang kemudiannya akan memberikan titah Baginda mengenai perkara tersebut untuk dikuatkuasakan dalam Negeri ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.