ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN III - TANGGUNGJAWAB MAJLIS



Seksyen 14. Hak Majlis sebagai mawquf-alaih.

(1) Majlis adalah berhak ke atas apa-apa manfaat, faedah atau keuntungan daripada mana-mana mawquf, yang baginya Majlis ialah mawquf-alaih.

(2) Majlis hendaklah mengambil segala langkah yang perlu dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan untuk mendapatkan hak ke atas manfaat, faedah atau keuntungan mawquf di bawah subseksyen (1), termasuklah mawquf yang terletak di tempat selain di dalam Negeri Sembilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.