ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA



Seksyen 22. Penerbitan agama yang berlawanan dengan Hukum Syara'.

Mana-mana orang yang mencetak, menerbit, mengeluarkan, merakam, mengedar atau dengan apa-apa cara menyebar atau yang ada dalam miliknya sesuatu buku, risalah, dokumen atau apa jua bentuk rakaman yang memberi atau bertujuan untuk memberi pengajaran atau pendapat mengenai apa-apa perkara Hukum Syara', jika buku, risalah, dokumen atau rakaman itu mengandungi perkara yang berlawanan dengan Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan segala buku, risalah, dokumen, rakaman sedemikian atau alat-alat percetakan, penerbitan, perakaman atau penyebaran tiap-tiap perkara yang mengenainya itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.