ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL
BAB 4 - TUNTUTAN ATAU PEMBELAAN LISAN



Seksyen 16. Tuntutan atau pembelaan lisan

(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan:

Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambil kira kehendak Enakmen ini berhubung dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Mahkamah hendaklah menyampaikan satu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.

(3) Apabila dia menerima rekod yang disebut dalam subseksyen (2), pihak yang kepadanya rekod itu disampaikan hendaklah—

(4) Jika Mahkamah membenarkan suatu tuntutan atau pembelaan dibuat mengikut subseksyen (1), maka Mahkamah itu hendaklah mengenakan apa-apa fi yang ditetapkan sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.