ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 19. Perbuatan dilakukan dengan sucihati untuk faedah seseorang dengan tiada kerelaan.


Tiadalah apa-apa jua menjadi kesalahan oleh sebab sesuatu kecederaan yang ia mungkin menyebabkan kepada seseorang yang untuk faedahnya ia dilakukan dengan suci hati, walaupun dengan tiada kerelaan orang itu, jika keadaannya adalah sedemikian bahawa orang itu tidak boleh menyatakan kerelaan atau jika orang itu tidak berupaya memberi kerelaan, dan tidak mempunyai penjaga atau orang lain yang sah di sisi undang-undang menjaganya yang kerelaan boleh sempat didapati daripadanya untuk perkara itu dilakukan untuk faedahnya:

Dengan syarat-



Huraian - Faedah kewangan semata-mata bukanlah faedah dalam erti seksyen 15, 16 dan 19.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.