ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab 4 - PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN



Seksyen 197. Notis hendaklah diberikan bagi pembelaan alibi

(1) Jika dalam mana-mana perbicaraan jenayah tertuduh bercadang mengemukakan pembelaan alibi, keterangan yang menyokongnya tidak boleh diterima melainkan jika tertuduh telah memberikan notis bertulis mengenainya kepada Pendakwa sekurangkurangnya sepuluh hari sebelum perbicaraan dimulakan.

(2) Notis yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah termasuk butir-butir mengenai tempat di mana tertuduh mendakwa dia berada pada masa pelakuan kesalahan yang baginya dia dipertuduh, berserta dengan nama dan alamat mana-mana saksi yang dia berniat untuk memanggilnya bagi maksud membuktikan alibinya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.