ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AMANAH KHAIRAT



Seksyen 51. Akaun dan Audit.

(1) Majlis hendaklah menyimpan akaun dan rekod-rekod lain yang betul mengenai dengan perjalanan Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Baitulmal dan hendaklah menyediakan penyata akaun setiap tahun.

(2) Akaun Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Baitulmal hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Juruaudit.

(3) Selepas setiap penghujung tahun kewangan, sejurus sahaja akaun-akaun Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Baitulmal itu telah diaudit, Majlis hendaklah menyebabkan dicetak dalam Warta penyata akaun dan mana-mana komen-komen yang dibuat oleh Ketua Juruaudit mengenai penyata tersebut atau mengenai apa-apa akaun-akaun Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.