ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN IV - HUKUMAN (PENALTI) DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 39. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan.

(1) Seseorang yang dengan diketahui mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikah atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-

adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akad nikah dengan sesiapa juga berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.