ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH



Seksyen 196. Keluarnya Waran Tangkap selepas saman disempurnakan.


Apabila saman telah diserahkan kepada yang kena saman atau telah disempurnakan mengikut seksyen 194 dan jika orang yang kena saman itu tidak hadir dengan tidak ada sebab atau dengan sebab yang tidak manasabah maka Mahkamah yang mengeluarkan saman itu bolehlah mengeluarkan waran tangkap.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.