ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 44. Bukti penyampaian.

(1) Penyampaian surat perintahan boleh, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, dibuktikan melalui ikrar orang yang melaksanakan penyampaian itu dan di mana penyampaian itu adalah kepada orang itu sendiri dan orang itu tidak dikenalinya, melalui ikrar itu dan orang yang mengecamkan orang yang kepadanya surat perintahan itu disampaikan.

(2) Orang yang kepadanya surat perintahan itu disampaikan hendaklah menandatangani perakuan penyampaian, tetapi keengganan atau ketidakupayaannya menandatangani tidak akan menyentuh kesempurnaan penyampaian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.