ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 199. Perintah perlindungan.

(1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam suatu kausa atau perkara Mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi penahanan, penjagaan atau pemeliharaan mana-mana harta yang menjadi hal-perkara kausa atau perkara itu, atau yang tentangnya apa-apa soalan yang mungkin berbangkit di dalamnya, atau bagi pemeriksaan mana-mana harta tersebut dalam milikan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu.

(2) Bagi maksud membolehkan apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) dilaksanakan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberikuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

(3) Jika dalam sesuatu kausa atau perkara hak mana-mana pihak kepada suatu kumpulanwang tertentu adalah dipertikaikan Mahkamah boleh, atas permohonan suatu pihak kepada kausa atau perkara itu, memerintahkan supaya kumpulanwang itu dibayar ke dalam Mahkamah atau selainnya dijaminkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.