ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXIV - PELBAGAI



Seksyen 231. Catatan keterangan sebelum perbicaraan.

(1) Jika Mahkamah berpuas hati atas Hukum Syara' bahawa keterangan mana-mana pihak atau saksi patut diambil sebelum tarikh pendengaran, Mahkamah atau mana-mana Hakim boleh mengarahkan Mahkamah lain atau mana-mana Hakim mengambil keterangan mana-mana pihak atau saksi dan keterangan yang diambil sedemikian boleh digunakan dalam perbicaraan.

(2) Notis bahawa keterangan akan diambil di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada pihak yang satu lagi tidak kurang daripada 2 hari sebelum tarikh pengambilan keterangan itu dan pihak yang satu lagi itu boleh mengambil bahagian dalam prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.