ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 203. Perintah pengambilan sampel, dsb.

(1) Jika Mahkamah fikirkan perlu atau suaimanfaat bagi maksud mendapatkan maklumat penuh atau keterangan yang mencukupi dalam mana-mana kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu dan atas apa-apa terma, jika ada, sebagaimana yang ia fikirkan adil, melalui perintah membenarkan atau menghendaki supaya diambil apa-apa sampel mana-mana harta yang menjadi hal-perkara sampel kausa atau perkara itu atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, apa-apa pemerhatian yang hendak dibuat ke atas harta itu atau apa-apa ujikaji yang hendak dijalankan ke atas atau dengan harta itu.

(2) Bagi maksud membolehkan mana-mana perintah di bawah subseksyen (1) dilaksanakan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberikuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

(3) Permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.