ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN VI - MASJID
Seksyen 80. Jawatankuasa kariah.
(1) Majlis boleh, dengan kebenaran Yang di-Pertuan Besar membuat kaedah untuk
---
(a)
Pembentukan jawatankuasa kariah;
(b)
memperuntukkan cara mana anggota-anggota jawatankuasa kariah itu dilantik; dan
(c)
menentukan kewajipan-kewajipan jawatankuasa kariah.
(2) Jawatankuasa Kariah, bersama-sama dengan Pegawai Masjid hendaklah
---
(a)
bertanggungjawab bagi pentadbiran yang betul dan sempurna ke atas masjid dan tanah perkuburan orang Islam dalam kariahnya;
(b)
bertanggungjawab agar ahli kariah berkelakuan baik dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Agama Islam; dan
(c)
Memberi laporan segera kepada Majlis semua perkara yang berlaku dalam kariah yang memerlukan perhatian Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.