ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 35. Menduduki secara haram tanah atau bangunan wakaf.

(1) Mana-mana orang yang tanpa kebenaran Majlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis—

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan berterusan, dikenakan denda selanjutnya yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan itu.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, memerintahkan seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) supaya merobohkan, memusnahkan dan membersihkan segala binaan, struktur, halangan atau tanaman di atas tanah wakaf atau bangunan wakaf itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas perbelanjaan orang yang melakukan kesalahan itu.

(3) Jika orang yang disebut di bawah subseksyen (2) gagal mematuhi perintah Mahkamah, Majlis boleh menyebabkan supaya dilaksanakan perintah itu dengan membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Wakaf atau sumber pembiayaan lain, dan Majlis boleh menuntut apa-apa perbelanjaan yang dilakukan daripada orang itu.

(4) Jika tuntutan yang disebut dalam subseksyen (3) tidak dibayar, tuntutan itu boleh didapatkan melalui tindakan sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis.

(5) Jika tiada perintah Mahkamah dibuat di bawah subseksyen (2), apa-apa binaan, struktur, halangan atau tanaman yang terdapat di atas tanah wakaf atau bangunan wakaf itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terletak hak kepada Majlis dan mana-mana orang tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Majlis berhubungan dengan binaan, struktur, halangan atau tanaman itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.