ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - ORANG TAK SEMPURNA AKAL



Seksyen 219. Prosedur jika orang yang tidak sempurna akal dilaporkan untuk dilepaskan.

Apabila mana-mana orang ditahan di hospital mental di bawah peruntukan seksyen 217, dan mana-mana dua orang daripada pelawat-pelawat dan Penguasa Perubatan bersama-sama memperakui, bahawa pada pendapat mereka, orang itu boleh dilepaskan dengan selamat tanpa bahaya untuk mencederakan dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, Yang di-Pertuan Besar bolehlah memerintahkan orang itu dilepaskan daripada hospital mental tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.