ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 96. Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya.
(1) Soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak menentang, ditanya dalam pemeriksaan utama atau dalam pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan
memimpin tentang perkara permulaan atau yang tak dipertikaikan, atau perkara yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.