ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 122. Peruntukan tentang hukuman denda.

(1) Jika apa-apa denda dikenakan maka, sekiranya tiada apa-apa peruntukan nyata berhubungan dengan denda itu dalam undang-undang yang memperuntukkan pengenaannya, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:





(i) jika kesalahan itu boleh dihukum dengan pemenjaraan-


Jika tempoh maksimum pemenjaraan

tidak melebihi enam bulan

melebihi enam bulan tetapi tidak melebihi dua tahun

melebihi dua tahun
Tempohnya tidak boleh melebihi

tempoh maksimum pemenjaraan.

enam bulan

satu perempat tempoh maksimun pemenjaraan;
(ii) jika kesalahan itu tidak boleh dihukum dengan pemenjaraan-


Jika denda itu

tidak melebihi dua ratus ringgit

melebihi dua ratus ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ringgit

melebihi lima ratus ringgit;
Tempohnya tidak boleh melebihi

satu bulan

dua bulan

enam bulan;

(2) Waran untuk melevikan sesuatu denda boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia, tetapi jika ia dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri Terengganu, ia hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.