ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 28. Perwakilan kewajipan dan kuasa.

(1) Majlis boleh, melalui ketetapan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan sebagaimana Majlis fikirkan patut, mewakilkan kepada Pengerusi atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis atau mana-mana pegawai-pegawai Majlis pelaksanaan mana-mana kewajipan atau perjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Pelaksanaan kewajipan-kewajipan dan perjalanan kuasa-kuasa menurut perwakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Pengerusi, Setiausaha, atau jawatankuasa hendaklah memberitahu Majlis semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya atau oleh jawatankuasa itu menurut perwakilan di bawah subseksyen (1).

(4) Tiada suatu perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menghalang Majlis daripada menjalankan atau melaksanakan sendiri mana-mana kewajipan, kuasa atau tugas yang diwakilkan sedemikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.