ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINA
Seksyen 46. Pertukaran agama.
(1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.
(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam telah memeluk agama Islam dan dengan itu perkahwinannya terbatal mengikut Hukum Syara' , maka pembatalan perkahwinan itu hendaklah disahkan oleh Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.