ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 8 - KETAKTERATURAN DALAM PROSIDING



Seksyen 206. Peninggalan untuk merangka pertuduhan.

(1) Sesuatu dapatan atau hukuman yang diumumkan atau dijatuhkan tidak boleh disifatkan sebagai tidak sah hanya atas alasan bahawa tidak ada pertuduhan dirangkakan melainkan jika, pada pendapat Mahkamah rayuan, ketidakadilan telah timbul daripadanya.

(2) Jika Mahkamah rayuan berpendapat bahawa peninggalan untuk merangka suatu pertuduhan telah menyebabkan ketidakadilan, Mahkamah akan mengarahkan supaya suatu perbicaraan baru diadakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.