ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERNIKAHAN



Seksyen 42. Penceraian di bawah taklik atau janji.

(1) Seorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat taklik yang dibuat apabila bernikah, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan, jika berpuashati bahawa percerian itu adalah sah, hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu. Mahkamah hendaklah kemudiannya menghantar satu salinan rekod itu yang diperakuinya kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.