ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 92. Orang yang berhak kepada penjagaan.

(1) Sungguhpun hak terhadap hadanah atau penjagaan anak mungkin terletakhak pada seseorang lain, bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang daripada yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-

dengan syarat bahawa dia adalah seorang Islam, seorang dewasa, adalah siuman dan boleh dipercayai.

(2) Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubungan dengan penjagaan anaknya yang belum dewasa dan berhubungan dengan perlindungan akan kepentingan-kepentingan mereka, dengan syarat bahawa dia adalah siuman sepenuhnya.

(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika terma-terma dan syarat-syarat bagi suratcara yang meletakhakkan harta pada kanak-kanak belum dewasa itu terang-terang tidak membenarkan orang-orang yang tersebut di dalamnya daripada menjalankan apa-apa kuasa ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.

(4) Bagi maksud penjagaan ke atas diri dan harta, seseorang hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak belum dewasa melainkan dia telah genap umur lapan belas tabun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.