ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 128. Perbicaraan belum berakhir

(1) Jika seseorang Hakim telah memulakan perbicaraan mana-mana prosiding dan kerana apa-apa sebab tidak dapat menamatkan perbicaraan itu, seorang Hakim yang lain boleh dengan persetujuan semua pihak menyambung perbicaraan itu dan memberikan penghakiman.

(2) Jika persetujuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak diperolehi, maka hendaklah diadakan suatu perbicaraan semula.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.