ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 31. Bentuk waran tangkap.

(1) Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah bertulis seperti Borang D dalam Jadual Pertama dan ditandatangani oleh Kadi dan hendaklah mengandungi meteri Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran tersebut hendaklah terus berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.