ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal



Seksyen 100. Kuasa Mahkamah Tinggi Syar'iah memindah kes.

(1) Bilamana ternyata kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah dalam sesuatu perkara jenayah-

ia boleh memerintahkan kes itu dipindah dari satu Mahkamah Rendah Syar'iah ke Mahkamah Rendah Syar'iah lain atau dipindah kepada dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syar'iah.

(2) Mahkamah Tinggi Syar'iah boleh membuat perintah di bawah subseksyen (1) sama ada atas laporan Mahkamah Rendah Syar'iah, atau atas permohonan pendakwa atau orang yang dituduh, atau atas inisiatif sendiri.

(3) Apabila sesuatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah Rendah Syar'iah di mana kes itu sedang menunggu penyelesaian hendaklah menyebabkan orang yang dituduh supaya hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah Tinggi Syar'iah atau Mahkamah Rendah Syar'iah yang lain itu pada tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu atau seberapa segera yang boleh jika tarikh tidak dinyatakan.

(4) Mahkamah yang kepadanya sesuatu kes itu dipindahkan di bawah seksyen ini boleh bertindak atas keterangan yang sudahpun dirakam dalam perbicaraan itu atau dirakam sebahagiannya dalam perbicaraan itu dan sebahagiannya olehnya sendiri, atau ia boleh menyaman semula saksi-saksi dan memulakan semula perbicaraan, tetapi walau bagaimanapun pendakwa atau orang yang dituduh boleh, apabila memulakan prosidingnya, memohon supaya saksi-saksi atau mana-mana daripada mereka disaman semula dan didengar semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.