ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN
Seksyen 86. Pertuduhan yang berasingan bagi kesalahan yang berlainan.
Bagi tiap-tiap kesalahan berlainan hendaklah dibuat pertuduhan yang berasingan, dan tiap-tiap pertuduhan itu hendaklah dibicarakan secara berasingan kecuali dalam kes-kes yang disebut di bawah seksyen 87, 88, 89 dan 93.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.