ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 165. Permohonan tahanharta.

(1) Suatu permohonan tahanharta sebelum penghakiman hendaklah dibuat di dalam borang yang ditetapkan.

(2) Suatu perintah penahanan harta sebelum penghakiman hendaklah disampaikan kepada bailif bersama dengan satu salinan tiap-tiap satu dari afidavit yang digunakan dalam permohonan itu.

(3) Bailif hendaklah menyerahkan perintah tersebut kepada orang yang hartanya telah ditahan dan juga salinannya jika beliau memohonnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.