ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 232. Bahasa

(1) Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Ketua Hakim Syarie, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua prosiding di Mahkamah.

(2) Apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk digunakan menurut Enakmen ini hendaklah dalam bahasa kebangsaan, dan dokumen dalam mana-mana bahasa lain hendaklah disertakan dengan terjemahannya dalam bahasa kebangsaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.