ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Sebanyak mana kenyataan dikehendaki dibuktikan.



Seksyen 27. Apa keterangan dikehendaki diberi apabila kenyataan ialah sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku atau siri atau kertas.

Apabila sesuatu kenyataan yang keterangan mengenainya ada diberi ialah sebahagian daripada suatu kenyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian daripada suatu dokumen yang terasing atau ada terkandung dalam dokumen yang menjadi sebahagian daripada sebuah buku atau sebahagian daripada siri surat atau kertas yang berkaitan, maka keterangan hendaklah diberi mengenai hanya sekian banyak sahaja daripada kenyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah dalam kes berkenaan itu untuk memahami dengan sepenuhnya tentang jenis dan natijah kenyataan itu dan juga tentang hal keadaan dalam mana kenyataan itu telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.