ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 104. Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki oleh penjawat awam.

Mana-mana orang yang enggan mengikat dirinya dengan mengangkat sumpah bagi menyatakan hal yang sebenarnya, apabila dikehendaki mengikat dirinya demikian itu oleh seseorang penjawat awam yang kompeten di sisi undang-undang menghendaki ia mengikat dirinya demikian itu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.