ENAKMEN 13 TAHUN 1994
ENAKMEN TABUNG AMAL JARIAH NEGERI 1994


Fasal 4. Penubuhan Lembaga Tabung Amal Jariah Negeri.

(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu Lembaga Pemegang Amanah yang dikenali sebagai Tabung Amal Jariah Negeri yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun, dan mempunyai kuasa dan autoriti di bawah nama itu-
(2) Lembaga hendaklah terdiri daripada-
(3) Tiap-tiap anggota Lembaga yang tersebut di bawah subseksyen (2) (h) hendaklah dilantik bagi tempoh dua tahun dan boleh dilantik semula apabila tamat tempoh lantikan tersebut.

(4) Kuorum bagi mesyuarat Lembaga hendaklah empat.

(5) Lembaga hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan hendaklah melaksanakan apa-apa tugas sebagaimana yang diberikan atau dipertanggungkan oleh Enakmen ini atau sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri dan boleh melalui suratcara bertulis mewakilkan kepada mana-mana orang segala atau mana-mana kuasa dan tugas itu.

(6) Tertakluk pada Enakmen ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan kuasa untuk mengawalselia prosidingnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.