ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Jenayah



Seksyen 47. Sijil dan akibat keputusan.

(1) Apabila sesuatu perkara itu diputuskan dalam perbicaraan apil, Mahkamah Tinggi Syar'iah hendaklah memperakui keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah yang keputusannya diapil.

(2) Jika sesuatu apil itu tidak ditolak, perakuan tersebut hendaklah rnenyatakan sebab-sebab apil dibenarkan atau keputusan Mahkamah yang keputusannya diapil itu telah diubah.

(3) Mahkamah yang menerima perakuan tersebut hendaklah selepas itu membuat apa-apa perintah yang menepati keputusan atau perintah Mahkamah Tinggi Syar'iah dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda bersesuaian dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.