ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 13. Kuasa memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan dirinya.

Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain yang berkuasa menangkap bolehlah memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan dirinya sendiri atau mana-mana orang lain yang telah masuk ke tempat itu secara sah mengikut undang-undang kerana hendak menangkap seseorang dan telah terkurung di dalamnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.