ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 109. Peralihan.

Apabila mula berkuatkuasa Enakmen ini, semua kuasa Mahkamah Kathi Besar atau Mahkamah Kathi yang ditubuhkan di bawah seksyen 39 Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959 [Enakmen 3/1959], hendaklah diambil alih atau dijalankan oleh mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 Enakmen ini dan mana-mana sebutan mengenai Mahkamah Kathi atau Mahkamah Kathi Besar hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 (1) dan (2) Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.