ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - KEWANGAN BAlTULMAL



Seksyen 74. Wakaf dan nazar am.

Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf am, wakaf khas dan semua nazar am, setakat mana sesuatu harta yang mengenainya terletak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, dan jika pembuat penyelesaian harta itu atau orang lain yang mewujudkan wakaf atau nazar am bermastautin di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, setakat mana semua harta yang mengenainya di mana-mana jua harta itu terletak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.