ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 41. Perlantikan Hakim-hakim Syar'ie.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan seteIah berunding dengan Majlis hendaklah melantik Ketua Hakim Syarie dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Bagi maksud perlantikan seseorang Hakim, Mahkamah Tinggi Syariah Majlis hendaklah menimbang cadangan atau pandangan Ketua Hakim Syarie.

(3) (a) Seseorang adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia adalah warganegara lelaki yang telah berkhidmat tidak kurang daripada sepuluh tahun sebagai anggota Mahkamah Syariah sebelum tarikh perlantikannya.
(4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (3) seseorang warganegara lelaki yang mempunyai kepakaran di bidang perundangan Islam boleh dilantik di bawah subseksyen (1) bagi tempoh dan asas syarat-syarat yang ditentukan oleh Majlis.

(5) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu melalui Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.