ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 7. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang atau oleh kerana silap faham fakta percaya dirinya dibenarkan oleh undang-undang.


Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang untuk melakukannya, atau oleh seseorang yang oleh kerana silap faham fakta dan bukannya oleh kerana silap faham undang-undang dengan suci hati percaya dirinya sebagai dibenarkan oleh undang-undang untuk melakukannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.